Simpul mati? Belum lagi... cuma tersedat sedikit. Kenapa perlu suci dalam debu? Kerana rakyat Malaysia sudah tidak sanggup hidup dalam kekotoran.
Masih ingat pada tarikh keramat
10hb November 2007? Itulah permulaan kebangkitan rakyat Malaysia yang sudah tidak sanggup lagi hidup dalam kekotoran dan dengan tegasnya menuntut 4 perkara dilaksanakan oleh SPR :-
- Penggunaan dakwat tidak luntur (indelible ink) sebagai cara untuk membenteras pengundi berulang (barang diingat SPR telah membeli dan menerima dakwat indelible ink tersebut);
- Membersihkan senarai pengundi yang berdaftar;
- Menghapuskan kaedah undi pos;
- Parti pembangkang diberi dalam akhbar Kerajaan dan media Kerajaan;
Itulah tuntutan asas Bersih pada 10hb November 2007 atau lebih kurang empat bulan sebelum pilihanraya GE 12. 4 tahun kemudian, SPR dilihat masih gagal untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan Bersih sehingga memberi jalan dan ruang untuk pergerakan Suci dalam debu 2.0.
Apa dia Suci dalam debu 2.0? Ringkasannya Bersih 2.0 lah tu. Tuntutan
Bersih 2.0 adalah :-
- Pendaftaran pengundi secara otomatik;
- Reformasi kepada undi pos;
- Penggunaaan dakwat tidak luntur (indelible ink);
- Ases kepada media arus untuk parti pembangkang;
- Tempoh minima kempen selama 21 hari;
- Kebebasan institusi;
- Membasmi rasuah undi (electoral graft);
Nah, apabila diteliti tuntutan-tuntutan yang dimajukan, is tidak sama sekali menunjukkan usaha untuk menentang Kerajaan atau menyokong parti pembangkang. Tutntutan-tuntutan tersebut adalah tuntutuan-tuntutan umum, satu-satunya tuntutan yang perlu didokong oleh semua rakyat Malaysia yang rindukan kepada pendian secara adil dan saksama.
Tuntutan Suci dalam debu 2.0 menunjukkan bahwa SPR (dan Kerajaan Malaysia) kurang peka kepada inspirasi rakyat dan ia membuktikan betapa SPR gagal dalam menepati KPI mereka dalam memastikan pilihanraya diadakan secara adil dan saksama! Apa tidaknya, SPR tidak mampu atau sengaja tidak mengambil langkah-langkah konkrit untuk mencari penyelesaian dengan cara terbaik untuk tuntutan Bersih 2007. Sehingga 2011, setelah 4 tahun, SPR tidak dapat menyelesaikan tuntutan rakyat. Lebih buruk SPR gagal terus untuk mencari penyelesaian atau setidak-tidaknya memberi penjelasan yang kukuh sekiranya mereka tidak dapat memenuhi tuntutan rakyat.
Sebaliknya SPR cuba mencari alasan demi alasan serta cuba mengalihkan pehatian dari isu-isu yang telah dibangkitkan. Dalam ketika penganjur Suci dalam debu 2.0 mengadap YDP Agung,
Koh Tsu Koon telah menghimpun SPR, Polis untuk memberi penjelasan kepada sebilangan 30 NGO termasuk kepimpinan MCCBCHST yang merangkumi gabungan majlis bersama Budhism, Kristian, Hindu, Sik dan Taoism. SUHAKAM serta beberapa NGO lain juga berada dalam pertemuan itu. Malangnya, Koh Tsu Koon, SPR serta pihak Polis gagal untuk menyakinkan NGO-NGO ini untuk meyokong Kerajaan, Sebaliknya MCCBCHST memberi kenyataan menyokong hak rakyat untuk berhimpun secara aman untuk menjelaskan tuntutan mereka.
Kerajaan gagal untuk memenafaatkan titah YDP Agubng untuk mencari jalan tengah kepada tuntutan-tuntutan rakyat. Sebaliknya, Kerajaan cuba memutarbelitkan kenyataan sehinga menimbul persoalan - siapakah yang sebenar menderhaka? Suci dalam debu 2.0 atau Hishamuddin (Kerajaan) atau ejen-ejen mereka. Paling menyedihkan apabila 1MPM6 yang begitu beriya-iya benar untuk menyediakan stadium kepada Bersih 2.0 untuk mengelakkan demonstrasi jalanan berubah fikiran. Tidek heranlah akan kelaku 1MPM6 ini - saperti yang dikatakan dahulu, beliau adalah "ahli nombor wahid" kelab Lallang United! Eksko mereka? Najib, Rais dan Ibrahim !
Lihat saja kepada pengurusan Stadium Merdeka. Mereka dengan segera mengeluarkan kenyataan bahwa mereka tidakakan menyewa stadium itu kepada Suci dalam debu 2.0! Polis pula mengeluarkan kenyataan bahwa Suci dalam debu 2.0 (SDD 2.0) perlu meminta permit terlebih dahulu dan permit akan diproses dalam masa 14 hari! Waduh! Hairan bin Ajaib! Kalau 14 hari diperlukan, macamana seorang calun pilihanraya (sebagai contoh) boleh berkempen? Baru minta permit dan memerlukan 14 hari untuk keputusan permohonan tetapi pilihanraya akan diadakan dalam masa 7 hari? Daftar calun, mohon permit (untuk berkempen) dan 7 hari setelah keputusan pilihanraya telah diumumkan barulah calun tersebut diberi jawapan untuk permohoina permit! Kalau menang tak apalah tetapi kalau kalah? Takkanlah lepas kalah pilihanraya baru nak (dan baru mendapat kelulusan) berkempen? Sudah tentu Polis akan memberi jawapan , itu anggaran kasar saja! Moralnya? Polis mungkin mengambil masa sehingga 14 hari untuk memproses permohonan permit, bergantung kepadasiapa yang memoon. Kalau tak pun, mungkin tak perlu permit terus (sebagaimana demonstrasi jalanan Penang tempoh hari yang dikepalai oleh Ezam!
Perlukah diadakan sekatan jalanraya? Sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk? Apapun alasan yang diberikan, sebenarnya itu adalah cara untuk menanam rasa kebencian kepada massa untuk membenci perhimpunan Suci dalam debu 2.0! Masaalahnya, apakah ia berkesan? Sahabat sahabat saya berjumpa saya dan dengan tegas menzahirkan rasa kurang senang kepada pihak berkuasa dan rasa ketidakpuasan ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi protes pada GE 13 akan datang atau membina semangat untuk mereka menyertai perhimpunan SDD 2.0 ini pada 9hb Julai 2011.
Itu dari segi perasaan yang meluap-luap. Apakah Polis mengikuti SOP mereka dalam membina sekatan jalanraya ini? Dimanakah signboard-signboard pemberitahu sekatan jalan raya? Sekiranya tujuannya untuk mencari dan mwengutip "senjata haram" saperti baju, parang dsbnya, bilakah pihak berwajib mengambil tindakan tersebut? Apa yang dilihat hanyalah sekatan itu tidak membuat sekatan kepada rakyat tetapi hanya sekadar menyusahkan rakyat!
Masanya belum terlambat untuk 1MPM6 menyediakan jalan keluar. YDP Agung telah memberi ruang untuk kedua-dua belah pihak berunding. Sekiranya Hishamuddin berkeras untuk menolak perhimpunan SDD 2.0, maka beliau perlu bertanggungjawab kepada apa yang berlaku pada hari itu! SPAD mungkin membekukan permit bas untuk ke KL, tetapi rakyat masih mempuyai cara tersendiri untuk hadir pada SDD 2.0.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memberi khutbah Jumaat yang melabelkan SDD 2.0 sebagai gerakan pelampau. Persoalannya, siapa yang mengambil initiatif untuk menkaji dan menyelidik apa yang disampaikan oleh paderi-paderi dan sami-sami agama lain tentang SDD 2.0? Melihat pada perkembangan gabungan MCCBCHST, tidak mustahil mereka menyokong penuh gerakan SDD 2.0. Jadi apakah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan gembira melihat rakyat yang lurus bendul, disuruh duduk, duduk, disuruh jalan - jalan? Bukankah Islam mengajar pengikutnya untuk berfikiran secara kritis dan mendahulukan kebebasan dari dibelengu sebagai hamba minda?
Terus terang saya kurang membaca tentang penulisan
Tun M kita tetapi dalam posting terbaru, beliau ada menyentuh tentang demonstrasi. Masalahnya, apabila Tun M mengambar demonstrasi sebagai jalan terakhir, apakah beliau mengambil kira peranan beliau dalam demonstrasi Baling pada tahun 70-an dulu? Bukankah beliau merupakan antara orang "penting" untuk menyuntik semangat mahasiswa untuk bangkit? Apakah Tun M ingin mengatakan itu adalah jalan terakhir? Saya pasti tidak dan begitu juga dengan SDD 2.0! Sekiranya perhimpunan aman di Stadium Merdeka diharamkan, maka sudah tentu demonstrasi jalanan akan berlaku pada 9hb ini...
Penutup kalam, saya masih dengan jadual saya untuk menghirup secawan kopi di Pasar seni sebelum bergerak ke... Adakah anda juga serupa? Hingga ketemu di Pasar Seni...
Till then...G'nite M'sia...wherever u are...
Read More