Friday, February 10, 2012

Hina nabi : Hamza dan OWC...



Sekalung tahniah kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Kejayaan PDRM memberkas Hamza Kashgari adalah sesuatu yang membanggakan. Walaupun Hamza Kashgari adalah warga negara Arab Saudi tetapi tindakan beliau yang dilihat menghina Islam dan nabi Muhammad SAW adalah keterlaluan. Anggota PDRM yang memberkas beliau membuktikan masih ada yang sensitif serta peka dengan keadaan semasa terutama apabila ia melibatkan maruah agama Islam dan junjungan kita Muhammad SAW.

Hamza mungkin beranggapan Malaysia selamat sebagai tempat persembunyian. Ternyata sangkaan beliau meleset dan penangkapan beliau membuktikan bahwa PDRM boleh menjadi super effisyen kalau ia mahu. Itu pun kalau tidak ada "tunjuk ajar" serta "panduan" dari pihak atasan yang mempunyai motif tersendiri...

Biarlah Hamza diserahkan kepada pihak berwajib Saudi untuk diambil tindakan selanjutnya, sesuai dengan undang-undang negara tersebut. Jangan pula ada yang melompat, menjerit-jerit melaungkan "Hak asasi" manusia kerana Hamza perlu dijadikan contoh atas tindakan biadab beliau menghina nabi Muhammad SAW dan Islam.

Biarlah kerajaan Arab Saudi menjalankan proses undang-undang terhadap Hamza Kashgari. Apa pula tindakan kerajaan Malaysia mengenai kenyataan "songsang" OWC?

OWC adalah singkatan kepada "Obedient Wives Club" yang dipelopori oleh Global Ikhwan, satu badan perniagaan yang mempunyai kaitan dengan pertubuhan yang diharamkan Al-Arqam. Akhir-akhir ini OWC telah melancarkan kempen "Rasulullah tokoh seks suci Islam". Mungkin OWC memikirkan kempen mereka betul tetapi...

Ustaz Wan Shohor bani Leman, dalam tazkirah pagi semalam menimbulkan isu ini dan memperingatkan kita bahwa kempen OWC boleh mengelincirkan akidah seseorang. Wan Shohor menegaskan pendirian OWC sekiranya berdasarkan kepada syariah boleh mengelincirkan akidah dan berpesan agar umat Islam menjauhi kempen OWC ini.

Agaknya bila pula pihak JAKIM dan PDRM akan memanggil OWC untuk bersemuka dalam isu ini? PDRM dalam menjalankan tugas harus memberi komitmen sama sebagaimana mereka menangani kes Hamza Kashgari...

Umat Islam harus bijak menangani isu yang datang bertalu-talu menguji ketahan umat Islam dalam dunia moden. Kita harus peka kepada tindakan halus kaum yang tidak henti-henti merancang agenda-agenda tersendiri untuk melemahkan pegangan umah kepada ajaran Islam.

Waima apapun, mungkin yang celik Islam dapat memberi pandangan kepada kenyataan Harussani Zakaria, mufti Perak mengenai 1MPM6 Najib meraikan Thaipusm di Batu Caves tempoh hari...

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

No comments: