Akhbar berbahasa Inggeris pula menyiarkan berita itu dengan membawa pendedahan baru yang menghangatkan lagi kes ini. Baca berita tersebut disini , disini dan disini.
Stesyen TV juga memberi liputan kepada kes ini tetapi sebagaimana biasa, muka suspek yakni teman lelaki ibu Syafia telah dikaburkan untuk mengelakkan identiti beliau terbongkar. Dalam masa yang sama, pihak akhbar dan berita TV telah menyiarkan dengan sewenang-wenangnya gambar ibu Syafia saperti Berita Harian disini...
Bagi penulis, pemergian Syafia Humairah tidak harus dipandang ringan. Sebenarnya Humairah perlu dijadikan iktibar dan juga perlu dijadikan satu panggilan kecemasan betapa umat Islam Malaysia berada diambang keruntuhan sosial yang dasyat. Dalam hal ini, mari kita sama-sama menyelami tentang rumusan dari berita yang diambil dari dada akhbar dan juga siaran berita dari kaca TV :-
- Teman lelaki ibu Syafia yang berumur 28 tahun telah ditahan reman sehingga 3hb Mac untuk membantu siasatan polis;
- Saksi-saksi mendakwa teman lelaki ibu Syafia menendang Syafia dengan sepatu bola kerana beliau menangis ditepi padang;
- Orang ramai yang menyaksikan kejadian telah meleraikan lelaki tersebut dari terus mencabuli Syafia dan mengesa beliau menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan;
- Lelaki tersebut mendakwa bahwa Syafia ialah mangsa kemalangan jalan raya;
- Lelaki tersebut mendakwa bahwa beliau akan membuat lapuran polis tentang kemalangan tersebut tetapi menghilangkan diri;
- Ibu Syafia sedang bekerja ketika tragedi ini berlaku;
- Lelaki tersebut ditahan polis pada pukul 3 pagi;
- Bapa kandung Syafia kini sedang menjalani hukuman penjara sejak 2006 dan tidak mendapat kebenaran dari pihak penjara untuk menghadiri perkebumian anaknya;
- Ibu Syafia mula mengenali teman lelaki (suspek) sejak 6 tahun lalu;
- Adalah dipercayai bahwa ibu Syafia mempunyai anak berumur 18 bulan hasil hubungan belaiu dengan lelaki tersebut;
- Adalah dipercayai juga bahwa ibu Syafia sedang mengandung 4 bulan hasil hubungan tersebut;
- Juga dikatakan bahwa pihak polis telah memajukan aduan kepada pihak berkuasa agama mengenai kes ini dimana ibu Syafia bersekedudukan dengan teman lelaki tanpa ikatan perkahwinan yang sah sehingga melahirkan anak berumur 18 bulan dan kini sedang mengandung 4 bulan;
- Dilapurkan juga bahwa datuk Syafia telah membuat kenyataan bahwa beliau tidak dapat memaafkan suspek (teman lelaki ibu Syafia);
- Dikatakan juga bahwa kali terakhir Syafia Humairah menziarah datuknya ialah lebih kurang 2 minggu lalu;
- Dari kenyatan oleh Datuk Syafia, ketara bahwa Syafia dan ibunya menziarah keluarga 2 minggu lalu. Persoalannya sekarang - apakah Datuk Syafia meredhai hubungan ibu Humairah dengan teman lelaki tersebut? Sekiranya ya, apakah tindakan datuk Syafia untuk memperbetulkan keadaan memandangkan bahwa ibu Syafiadan teman lelaki neliau duduk bersama? Apa yang telah dilakukan oleh Datuk Syafia tentang kehadiran cucu berumur 18 bulan dan kandungan ibu Syafia yang berumur 4 bulan? Apakah tindakan keluarga Syafia Humairah dalam menangani masalah ini?
- Mungkin ibu Syafia dalam proses penceraian dari suami beliau yang kini merengkok didalam penjara. Kalau itu alasannya - apakah jabatan agama lambat dalam memproses permohonan tersebut? Siapa yang salah? Pegawainya atai sistem birokratik? Apa jua alasan dan siapa jua yang bersalah, siapa pula yang akan menanggung dosa yang telah dilakukan atas kelalaian dan kelemahan sistem birokratik? Apakah kita akan menunding jari kepada yang lain tanpa mengambil tanggungjawab atas kelemahan umah sendiri?
- Bagaimana pula dengan jiran tetangga yang terus menyepikan diri dari kesalahan agama ini? Apakan kesalahan ini dipandang ringan atas sifat "jangan menjaga tepi kain orang"? Bukankah sifat semulajadi Melayu yang begitu beriya-iya mengata dan berlumba-lumba ingin mengetahui "rahsia" jiran? Kenapa kali ini tidak? Apakah Syafia tinggal dikelilingi oleh jiran bukan Islam?
- Kemana arah tuju kita selepas ini? Apakah masyarakat akan berpeluk tubuh dan berpuas hati apabila ibu Syafia dan temannya dihadapkan dimahkamah syariah atas tuduhan bersekedudukan tanpa nikah? Apakah masyarakat akan berpuas hati sekiranya mereka dihukum sebat ala-syariah?;
- Bagaimana pula apabila tersiar didada akhbar gambar saudara Syafia yang bertudung meratapi pemergin Jumairah? Apakah masyarakat mempersenda Islam dengan bertutudung apabila dimajlis kemtian tetapi dalam masa yang sama mengegar arash dengan perlakuan yang tersenarai sebagai dosa besar dalam Islam?
Jelas sekali bahwa sebagai sebuah negara Islam, negara telah gagal untuk membentuk satu masyarakat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran yang dibawakan oleh nabi Muhamad SAW. Pemimpin politik dan masyarakat nampaknya lebih prihatin kepada bagaimana untuk memperkayakan diri sendiri dan memikirkan cara dan slogan untuk memenangi hati rakyat untuk kekal berkuasa.
Masyarakat telah gagal untuk menangani masalah yang menimpa Syafia. Kegagalan ini bukan terletak dibahu ibu Syafia atau dipikul oleh datuknya saja, tetapi adalah kegagallan umah Islam dari semua peringkat. Kita bukan lagi bergerak dengan satu hati sebagaimana yang dikatakan "kalau cubit paha kanan, paha kiri pun terasa".
Apakah masyarakat Islam kini ditengelami dengan rasa "inferiority complex" sehingga ada diantara umah yang sanggup melanggar ketentuan agama yang dibawa oleh nabi Mohamad SAW kerana ingin dikatakan "hip", moden, mengikut peredaran zaman dan "emancipated"?
Masyarakat Islam sudah tidak peka kepada apa yang berlaku disekeliling dan hanyut bersama dalam dunia palsu yang dipelopori barat. Yang lelaki dayus mempertahan agama sementara yang perempuan beriya-iya mengejar "kesaksamaan" dan "kebebasan bersuara". Dalam pada itu, masyarakat juga dipinggirkan oleh mereka yang bergelar ustaz tetapi lebih gemar mengejar duniawi, berkereta besar, bersentuh bahu dengan pembesar negara.
Dalam ceramah-ceramah agama, suara mereka bergegar membelah bumi mengaku kebesaran Allah tetapi apakah pengorbanan mereka untuk membantu Syafia Humairah, ibunya, teman lelakinya, datuknya dan mereka yang sewaktu dengan mereka? Bacalah betapa ramainya yang mengaku ustaz tetapi menyalahgunakan "keustaz-han" mereka untuk berlaku sumbang kepada anak-anak yang diamanahkan kepada mereka?
Setiap kali keta terhantuk, sekali kita tergadah. Sampai bila masyarakat Islam Malaysia akan bersifat sebagai pahat yang hanya bergerak bila dipukul. Dimana sifat kasih sayang terhadap sesama Islam? Dimana sifat "Anil Makruf nahi mingkar" yang perlu ada dalam setiap yang mengaku sayang kepada nabi Muhamad SAW? Apakah masyarakat lebih selesa berebut menjuarai siapa menang pembarisan terbaik maulud nabi? Apakah kita bangga pada pencapaian tokoh itu dan ini tetapi dalam masa yang sama kita tidak mengambil pot dengan alam sekeliling?
Marilah sama sama kita jadikan pemergian Humairah sebai iktibar dan peringatan bahwa masyarakat Islam kini dihanyut arus yang kita cipta sendiri. Marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk pulang kepangkal jalan. Kita harus bermula dari diri sendiri, ahli keluarga kita, keluarga terdekat, juran, kampung, bandar dan seterusnya negara. Kita perlu memperbetulkan keadaan sekarang sebelum masyarakat Islam Malaysia terus hanyut tanpa pedoman, tanpa arah.
Gunakanlah masa ini untuk mendekati kepada perjuangan junjungan kita. Hayatilah kehidupan beliau dan kembalilah ketiang agama kalau kita benar-benar cinta kepada nabi Muhamad SAW.
Akhir sekali - tepuk dada tanya selera, kemana arah kita? Apakah kita akan terus menjadi juara kampung? Menang kokok, kampung tergadai? Fikir-fikirkanlah...
(Nota penulis : Saya menadah doa kehasrat ilahi agar ada berita lain yang akan menidakkan semua berita yang telah disiarkan kerana sekiranya berita yang disiarkan benar, maka pihak berwajib perlulah segera menangani masaalah ini dengan segera)
Sehingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada... Read More