Friday, December 22, 2006

40 or 70 - Does it matters to Terengganu State Government?




On 19th Dec '06, Terengganu State Government has announced a major re-shuffle in the Terengganu Civil Services (TCS) whereby the State Secretary was unceremoniously removed from his office by BN political machinery. The cover-up is the reshuffle affected 40 civil servants across the State.

Now, on what grounds does the State acts to remove the State Secretary who is only 50 years old and has another 5 years to serve before he retires. It has been rumored that the present Menteri Besar is not satisfied with the State Secretary for alledgedly budging into the timber allocation meant for political favours.

The re-shuffle is only the beginning and another 30 civil servants will be transferred soon. The transfer order for 40 is only a camourflage for things to come. And where is the schemer when this is all happening? Vacationing in Hawaii or undoubtedly will declare his innocence when he comes back to the State soon.

It all shows that not all is well in Terengganu, a state known as the "Kuwait of Malaysia". And it further proves that BN is not doing what it is preaching when the BN accused the formerly PAS-led government of being heartless when the then State Secretary (Datuk Jusoh) was asked to resign and make way for Datuk Senara Muda. Now, BN is becoming more heartless when forcing a younger Datuk Mahatar to resign for Datk Mokhtar Nong to take over.

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...

Extracted from Utusan Malaysia :

40 pegawai kanan kerajaan Terengganu terbabit rombakan


KUALA TERENGGANU 19 Dis. – Seramai 40 orang pegawai kanan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terbabit dalam rombakan besar-besaran pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu berkuat kuasa 1 Januari ini.

Dalam rombakan itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Nong akan dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu yang baru menggantikan Datuk Muhatar Abdullah yang bersara awal.

Setakat ini Utusan Malaysia tidak pasti mengapa SUK itu bersara awal. Namun, difahamkan ia mungkin ada kaitan dengan hubungannya dengan pucuk pimpinan negeri.

Difahamkan juga, rombakan itu ada kaitan dengan proses pembangunan pesat negeri ini yang memerlukan pegawai-pegawai kerajaan negeri mampu menjalankan tugas dengan cekap.

Surat arahan pertukaran itu yang bertarikh hari ini ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (pentadbiran) Datuk Mat Razali Kassim.

Perkara tersebut terkandung dalam senarai arahan pertukaran Pegawai Tadbir Negeri Bil 1 yang dikeluarkan hari ini dan ditandatangani Mat Razali.

Mat Razali ketika dihubungi berkata, pertukaran tersebut dibuat ekoran persaraan awal Muhatar.

‘‘Pertukaran ini adalah perkara biasa dalam pentadbiran,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di luar negara lewat malam ini.

Dalam surat arahan pertukaran tersebut, tempat Mokhtar diambil alih Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (pembangunan), Datuk Mazlan Ngah.

Turut bertukar ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT), Datuk Adzlan Mohd. Dagang yang ditukarkan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (pembangunan) menggantikan Mazlan dan tempat beliau digantikan oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Husain Embong.

Pertukaran tersebut turut melibatkan empat Pegawai Daerah iaitu Pegawai Daerah Besut sebagai Pengarah Tricosta Negeri, Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Alim Muda sebagai Pengarah Institut Integriti Negeri, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Husain Embong sebagai Yang Dipertua MPKT dan Pegawai Daerah Marang, Aziz Mamat sebagai Pegawai Daerah Kuala Terengganu.

Pertukaran lain ialah Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu, Tuan Mamat Tuan Ngah bertukar sebagai Pegawai Tambahsentara Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman, Omar Mat sebagai Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (Pendaftaran), Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Wan Mohd Wan Ibrahim sebagai Pegawai Daerah Besut.

Pengarah Sukan Negeri, Mohamad Nor Ibrahim pula ditukarkan sebagai Pegawai Daerah Kemaman, Setiausaha MPKT, A Rahman Che Ali sebagai Pegawai Daerah Marang dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan menggantikan A Rahman.

Ketua Unit, Unit Analisis dan Pemantauan Pelaburan, Pejabat Perbendaharaan Negeri, Zainal Abidin Husin ditukar sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Dungun, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (Pentadbiran dan Kewangan), Mohd Elias Nik sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu dan Yang Dipertua Majlis Daerah Dungun ditukar sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah, Hulu Terengganu.

Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Talaha Ali bertukar sebagai Ketua Unit Analisis dan Pemantauan Pelaburan, Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Wan Harujan Sulaiman bertukar sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Besut.


No comments: