Dongeng ? Rekaan? Fantasi ? Apapun persepsi yang dipilih, perkara ini memang berlaku di Pulau Perhentian, Terengganu. Jadi, kemanakah halatuju kita? Apakah kita inginkan budaya timur dengan pegangan agama yang kuat atau mengatasi budaya barat yang serba percuma?Akhbar STAR keluaran 19hb May 2009 telah memuatkan satu berita yang memeranjatkan. Suratkhabar tersebut melapurkan
bahwa satu pesta seks rambang tekah diadakan di Pulau Perhentian baru-baru ini dimana pengunjungnya terdiri dari berbilang bangsa dan berbilang negara, termasuk rakyat Malaysia.
Yang memeranjatkan, pesta ini bukanlah kali pertama diadakan di Pulau tersebut! STAR melapurkan pesta yang diadakan pada 10hb Mei yang lepas adalah kali kedua diadakan dengan tema “Come bare under the moonlight’’. Pesta kali pertama telah diadakan pada 3hb Mei 2009 dengan tema “Buffalo Bars Pink Lady”.
Pesta kali kedua telah dikesan oleh pegawai penguatkuasa Majlis Daerah Besut (MDB) yang telah menyerbu pesta tersebut dan juga telah membuat lapuran Polis. Apa yang menyedihkan ialah pesta tersebut dirancang oleh warganegara Malaysia berumur 31 tahun dari Kedah, dibantu oleh teman wanita beliau dari Ireland yang menggunakan rangkaian "facebook" untuk mengiklankan pesta tersebut.
Polis sedang menyiasat kegiatan pasangan ini dimana dipercayai mereka juga telah mengadakan pesta yang sama di Langkawi dan Port Dickson.
Tidak cukup dengan itu, blog Free for view telah memuatkan dalam blog beliau mengenai kegiatan ini dimana seorang wartawan Metro Ahad telah berjaya menyusup masuk ke pesta serupa di Pulau Perhentian pada 19hb April 2009. Kali ini, penganjurnya adalah sebuah syarikat tempatan berlatarbelakangkan industri hiburan. Wartawan tersebut juga melapurkan bahwa pesta seumpamanya sedang dirancang akan diadakan di Pulau Tioman sekitar pertengahan Jun ini.
Harus diingat beberapa hari selepas pesta seks bebas yang diadakan pada 19hb April itu, sekumpulan aktibis alam sekitar telah mengadakan program mereka di Pulau yang sama pada 24hb April dimana mereka telah mengutip dan membuang sampah sarap laut dalam usaha mereka untuk menjaga kecantikan unik Pulau tersebut. Apa akan berlaku sekiranya "pertembungan" berlaku diantara pencinta pesta seks bebas dengan pencinta alam? Tidakkah ini akan memalukan lagi penduduk setempat?
Persoalannya sekarang ialah kemanakah halatuju umat Islam? Didalam susupan wartawan tersebut, beliau menyatakan terdapat ramai dari kalangan Melayu (yang beragama Islam?) yang urut sama hadir dalam pesta berkenaan. Apakah kebebasan meminum arak diselangi dengan dadah dari berbagai jenis dan diuliti dengan teman bukan muhrim telah menjadi satu kebiasaan? Apakah kesannya terhadap muda mudi pulau tersebut? Apakah kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak kecil di Pulau tersebut apabila didedahkan dengan ketidaksompanan dan ketidak beradaban pelakun-pelakun pesta seks bebas itu?
Ini bukan lagi soal dia - dia, aku - aku. Ini sudah menjadi masaalah masyarakat. Masyarakat perlu bertindak cepat terhadap gejala songsang ini.
Ketika dunia sedang diancam selsema khinzir, yang dilunakkan dengan nama saintifiknya H1N1, kita di Malaysia ditambah ancamannya dengan meningitis dan leptospirosis. Tidakkah ini musibah yang diturunkan oleh yang maha Esa untuk memperingatkan kita supaya kembali kejalanNya? Musibah yang diturunkan tidak akan mengenali siapa yang beramal atau tidak kerana sudah menjadi tanggungjawab penganut Islam untuk mengajak pada yang baik dan mencegah kemungkaran.
Sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk Islam yang ramai, gejala sosial dan pesta seks rambang ini tidak harus berlaku. Kegagalan pihak berkuasa adalah kegagalan semua. Rakyat Malaysia gagal untuk mengekang gejala sosial baru ini. Sekiranya ia dibiarkan, keruntuhan akhlak akan terus berleluasa dan menghancurkan insitusi kekeluargaan bukan saja penganut Islam di Malaysia tetapi juga penganut-penganut lain. Lebih buruk, sekiranya gejala ini tidak dibanteras dari awal, ia akan meletakkan Malaysia dalam peta dunia sebagai satu lagi destinasi pelancongan seks. Apakah rakyat Malaysia tidak merasa malu sekiranya Malaysia diletak setara dengan negara-negara barat dalam penamalan pesta seks bebas?
Penganjur yang ditangkap di Besut baru-baru ini perlu didedahklan dan dimalukan secukupnya. Muka mereka perlu ditayangkan disemua media termasuk TV, suratkhabar, internet dan media masa lain sebagai pengajaran kepada penganjur-penganjur pesta seumpama itu supaya menghentikan penganjuran pesta berbaur seks bebas dengan sajian minuman arak dan dadah. Perbuatan mereka bukan saja menghina agama Islam yang merupakan agama resmi Malaysia tetapi juga telah menjatuhkan maruah penduduk sekitar Pulau Perhentian. Bukan itu saja, pengusaha chalet yang bersubahat, pemilik tanah dimana pesta tersebut diadakan juga perlu dihadapkan ke muka pengadilan.
Dalam hal ini, kerajaan perlu bertegas dan tidak berkompromi lagi. Bagi pendapat penulis, mereka yang terlibat dalam penganjuran pesta ini mesti disumbatkan ke Kemunting dibawah tahanan ISA kerana merekalah penjenayah bangsa Malaysia dan penjenayah terhadap agama Islam.
Sekiranya perlu, kerajaan perlu mengerakkan tentera dan polis untuk memantau pulau-pulau peranginan yang dijadikan sasaran untuk penganjuran pesta seks bebas ini. Sekiranya ia tidak dilaksanakan, penganjur-penganur akan "naik syeikh" untuk mengadakan banyak lagi pesta-pesta sedemikian kerana pulangan yang tinggi.
Sambutan menjelang tahun 2009 telah dinodai dengan penangkapan beberapa selebriti ketika menyambut tahun baru. Apa terjadi kepada mereka? Apakah mereka sudah dibicarakan? Dan apakah nasib selebriti berkenaan? Adakah mereka diambil tindakan oleh majikan masing-masing?
Sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama untuk sama-sama bangkit membenteras gejala yang akan merosakkan generasi masa depan dan anak-anak kita. Ini bukan lagi masa untuk beretorik politik tetapi masa untuk bergabung tenaga bagi membuktikan Malaysia boleh - Malaysia boleh membenteras pesta seks rambang dan dadah.
Sekiranya bukan kita, siapa?, sekiranya bukan sekarang, bila? sekiranya bukan disini, dimana?
Sehingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada
Read More