Friday, March 04, 2011

Dari C N28 Kerdau dan M N27 Merlimau : Pertandingan dua MB...tersempit...

  1. MSM menggambarkan seolah-olah Merlimau dan Kerdau sudah berada didalam genggaman BN. Itu gambarannya... bukan hakikat lagi.
  2. Oleh kerana MSM begitu beriya-iya benar mendahului keputusan, apa kata kalau kita menyelak disebalik Merlimau dan Kerdau... pasti ada yang menarik bukan!
  3. Lupakan tentang omong-omong Ali "tak boleh bertanding" Rustam mengarahkan semua anggota RELA mengundi BN dengan rela hati. Alasan Ali? Dia merupakan Bridgadier General RELA dan anggota RELA mesti mendengar arahan ketua.

    Aik! Nie dah terlebih melampau nie... Apa, Ali Rustam ingat kita masih dizaman medieval lagi ke? Time tu, pengantin perempuan pun terpaksa memulakan zaman perkahwinan dengan ketua tentera (zaman dulu depa panggil "king"). Tapi, ini tidak heranlah...kerana mentaliti Ali Rustamlah yang keluar dengan idea "bernas" skuad skodeng yang akhirnya berkubur setelah mendapat teguran bos politik.
  4. Ali Rustam juga menghadiri jamuan makan malam NGO 1M di Merlimau. Bezanya? Bezanya, kali ini jamuan makan malam 1M menjurus kepada pengundi India, siap dengan cabutan bertuah motorsikal, TV LCD dan sebagainya.

    Nie yang pelik bin ajaib! Andainya BN Melaka begitu konfiden dengan kemenangan di Merlimau, kenapa NGO 1M membuat satu jamuan khas untuk pengundi India, siap dengan cabutan bertuah lagi? Dan kenapa pengundi India? Adakah ini satu mesej tersembunyi bahwa pengundi Melayu boleh dipikat dengan sehelai kain pelikan dan sekilo gula? Tak perlu jamuan, tak perlu cabutan bertuah kerana pengundi Melayu sudah layu dengan cerita Umi "I am a virgin" Hafilda?
  5. Apakah Ali "tak boleh bertanding" Rustam sedang berlumba dengan Adnan "my GF is a Selangor corporate"Yaakob?
  6. Adnan "my GF is a Selangor corporate princess" Yaakob mengambil pendekatan berlainan dari Ali Rustam. Beliau menggunakan cara "asalkan jawab, balun sajalah labu..."

    Yang dipersoalkan ialah cara menguruskan kewangan, tup, tup Adnan jawab Pahang tidak bankrup. Yang ditanya "A", dijawabnya "ba"... kesian dier. Nak kata pekak, tidak, nak kata buta pun tidak. Jadi apa ke hal Adnan merapu menafikan Pahang bankrup?
  7. Adnan menggunakan projek segera dan kelulusan segera untuk menenangi pengundi dan dalam masa yang sama untuk mengikat pengundi untuk terus bersama BN.

    Masaalahnya,janji lama Sanglang masih belum terlunas, Adnan terus menggali lubang membuat janji baru Kerdau. Ada duit tak ni?
  8. Dalam saat-sat akhir ini, Adnan menggunakan "kehebatan" malam Jumaat dengan menjemput Umi Hafilda untuk berceramah di Kerdau. Mungkin Adnan berharap sangat "pendedahan" Ummi akan "menceriakan" persiapan pertembungan malam Jumaat...
  9. Dua MB, satu dari Pahang dan satu dari Melaka. Kedua-duanya "bermasaalah".

    Adnan sedang sibuk merangka peluang untuk hidup ala "madu tiga" dengan buah hati pengarang jantung dari Selangor. Adnan alpa bahwa kedudukan beliau sebagai MB Pahang sekian hari sekian goyah kerana kegagalan beliau untuk menangani pengurusan kewangan negeri dengan baik. Lapuran audit negara mengatkan begitu dan Adnan tidak mungkin menyangkal apa yang dilapurkan oleh Audit Negara! Audit Negara bukan tunggangan parti politik, justeru itu Adnan tidak mungkin mempalitkan Audit Negara dengan parti pembangkang!

    Ali Rustam pula bercita-cita tinggi. Citanya tidak tercapai apabila JK displin UMNO melarang Ali dari bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO dulu. Ali Rustam kini mungkin menggunakan Shah Rukh Khan untuk "menjinakkan" Rose"CT"mah yang memang diakui sebagai "PM" sebenar. 1M Najib? Hanya sekadar Najib Kerja Rose"CT"mah Arah (NKRA). Apakah Muhyiddein akan membenarkan Ali Rustam terus naik dan menggantikan beliau? Tak mungkin, tak mungkin... Atas sebab itu, Ali Rustam juga dalam "perhatian" untuk di"sarakan"...
  10. Adnan bermasaalah, Ali bermasaalah. Dua-dua menggunakan apa cara yang ada untuk teruis membodek 1MPM6 Najib. Dua-dua dahagakan kemenangan besar untuk "memujuk" Najib terus mengekalkan mereka dalam GE 13.
  11. Oleh itu, Kerdau dan Merlimau sebenarnya bukan pertandingan diantara PAS menentang UMNO (BN) tetapi sebenarnya diantara UMNO Pahang menentang UMNO Melaka!

    UMNO Pahang ingin menghadiahkan kemenangan Kerdau kepada 1MPM6 Najib yang juga berasal dari Pahang. Adnan benar-benar berharap kemenangan besar Kerdau dapat terus menjamin kedudukan beliau sebagai MB Pahang! Untuk itu, BN perlu memenangi Kerdau dengan lebihan undi yang banyak! Mungkin majoriti 2,500 atau lebih ialah jangkaan BN!

    UMNO Melaka pula ingin kembali kekegemilangan mereka ketika Tun Ghaffar Baba. Sekiranya Ghaffar baba boleh menjadi timbalan presiden UMNO, apa kurangnya Ali Rustam? Untuk itu, UMNO Melaka terpaksa mengunci pagar estet, membuncitkan pengundi Cina dan India dengan jamuan dan cabutan nombor bertuah, melalaikan pengundi Melayu dengan cerita lucah Ummi Hafilda. Kemenangan besar di Merlimau akan meninjolkan Ali Rustam sebagai General RELA yang sentiasa rela untuk dinaik pangkat! Muhyiddin dan UMNO Johor boleh diketepikan dengan kemenangan besar di Merlimau dan dalam masa yang sama Ali akan menggunakan kesempatan "menghindustankan" Rose"CT"mah, QC 1MPM Najib, dengan kehebatan SRK.


  12. Akhirnya, apa pilihan pengundi? Mudah saja kan... sudah terang lagi bersuluh... Merlimau dan Kerdau bukan "kuda" tunggangan Ali "tak boleh bertanding" Rustam dan Adnan "my GF is a Selangor corporate princess" Yaakob!

    Inilah masanya untuk pengundi tegar UMNO menterjemahkan "sayang" mereka kepada UMNO. UMNO tidak mungkin sanggup melihat Muhyiddin diketepikan oleh Ali Rustam. UMNO juga tidak ingin peristiwa 2 Muhammad dari Selangor berulang kembali... kerana ini akan menjejaskan "hubungan akrab" UMNO dan istana!

    Jika pengundi tegar UMNO di Merlimau dan Kerdau sayangkan UMNO, maka pilihan mereka ialah untuk mengundi calun yang bukan dari UMNO (BN). Undilah sesiapa saja asalkan bukan calun UMNO (BN)! Mudah kan? Cuma satu saja lawan UMNO (BN) di Merlimau dan Kerdau...
  13. Bagi pengundi tidak tegar BN? Pilihan mereka menjadi lebih mudah dan senang! Undilah untuk masa depan dan inilah masa untuk berubah! Setelah 52 tahun berada dibawah kepompong UMNO (BN), inilah masa untuk pengundi Merlimau dan Kerdau memecahkan tempurung dan melihat dunia luar. Keluarlah mengundi dan undilah selain BN (UMNO).

    Jom, kita sama-sama menuju kearah perubahan...


    Till then...G'nite M'sia...wherever u are...
Read More

Thursday, March 03, 2011

Dari C N28 Kerdau dan M N27 Merlimau : Mencurah air di daun keladi... itulah BN

  1. Ada orang kata BN tu Barang Naik...tu dia punya hal lah...
  2. Mungkinkah BN bermaksud BeNak? Tahu apa makna benak? Webster online dictionary menterjemahkan benak sebagai stupid (bodoh, tolol, pandir), silly (bodoh, bahlul).
  3. Kenapa benak? Apa tidaknya... apakah masih ingat dengan kata-kata 1MPM6 Najib bahwa beliau sudah mendengar keluhan rakyat yang diterjemahkan kepada undi dalam tsunami 308?

    Lanjutan dari itu, Najib mula mendekati rakyat dan dalam masa yang sama meminta pimpinan BN dan UMNO mendekati rakyat. Itu tahun 2009, 2 tahun yang lalu...


  4. Kini, pimpinan BN sudah mula alpha dan lupa tsunami 308! Perangai kepimpinan BN sudah saperti sebelum 308. Lihat saja apa yang berlaku di Merlimau, Melaka.

    • sebahgian pentas DAP dibakar menjelang jamuan besar pada 4hb Mac 2011;
    • pintu cermin, kunci motorsikal dipecahkan semasa ceramah PKR;
    • mencetak dan mengedar gambar lucah kepimipinan parti lawan;
    • mengugut (secara halus) pengundi, calun PAS;
    • menggunakan agensi kerajaan untuk berkempen;
    • mengunci pagar estet dan tidak membenarkan perayu undi PAS dari memasuki kawasan estet;

  5. Itu di Merlimau, bagaimana pula keadaannya di Kerdau? Antara lain :-

  6. BN pasti tidak akan mengaku kesalahan-kesalahan ini. Tetapi apa yang berlaku di Merlimau tidak berlaku sebelum PRK. Apakah kadar jenayah naik secara mendadak di Merlimau kerana kemasukan orang luar?
  7. BN juga akan menyangkal penggunaan agensi kerajaan dalam kempen mereka. Itu biasa dan SOP BN.
  8. BN juga akan menyangkal mengenai projek mee segera dikawasan PRK.
  9. Dan SPR akan terus "buta, pekak dan bisu" dengan kesalahan-kesalahan "tidak berbukti" ini. Itu pun SOP SPR.
  10. Maka harapan untuk membetulkan keadaan terletak ditangan pengundi Merlimau dan Kerdau.
  11. Ayuh! Buktikan kepada "Raja BN" bahwa rakyat sudah cuak dengan gelagat mereka. Setiap kali pilihanraya, maka terhenggeh-henggeh lah bertandang ke Merlimau dan Kerdau untuk undi.
  12. Jom Merlimau dan Kerdau! Kita ajar BN dengan mengundi calun bukan BN. Tak kiralah siapa calun itu asalkan bukan BN. Boleh? Sama-sama kita berganding bahu menegelamkan BN di Merlimau dan Kerdau pada 6hb Mac ini...

Till then...G'nite M'sia...wherever u are... Read More

Wednesday, March 02, 2011

Dari C N28 Kerdau dan M N27 Merlimau : Jom kita apit P113 Jelebu...

Woit! Ingat semua PHd cerdik?...baca yang ini...
  1. Let's start with a simple geography quiz, shall we? What stands between Kerdau, Pahang and Merlimau, Melaka?
  2. Couldn't find ol' trusted atlas? No need to stand on chairs or desks... the answer is Jelebu, Negeri Sembilan.
  3. Since this is about Rais "I burnt the bridge" Yatim, I choose to switch mode... to Bahasa Malaysia.
  4. Jom, kita mula... nak kata cerdik, bodoh. Nak kata bodoh, ada PHd. Woit, ni bukan PHd beli tau! Ni ori punya. Dari King's College, London lagi.....
  5. Malangnya PHd holder kita dari Rembau ni tak berapa pandai buat kenyataan. Beliau dipetik oleh Bernama mempertahankan liputan berita dari mainstream media (MSM) dengan mengatakan bahwa liputan dari MSM adalah adil dan tepat (fair and accurate).
  6. Sah, bahwa anak si Yatim ni tidak merujuk Utusan Malaysia sebagai MSM kerana baru semalam ketua Pengarang UM menyatakan bahwa tugas utama UM ialah untuk mempertahankan UMNO/BN. Dah kalau mempertahankan UMNO/BN, sudah pasti liputan berita dari UM tidak akan "adil dan tepat"!
  7. Rais membuat lawak "kurang cerdik" dengan menyamakan MSM dengan harakah/rocket / suara keadilan. Rais seharusnya lebih mengetahui bahwa harakah/rocket/suara keadilan merupakan lidah parti politik sebagaimana UMNO mempunyai lidah resminya.
  8. Apa cerdiknya Rais apabila menyamakan atau membandingkan lidah resmi parti politik dengan MSM?
  9. Mungkin inilah yang dikatakan "Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar"...
  10. Jom, pengundi Kerdau dan Merlimau. Apa kata kita pakat-pakat apit P113 Jelebu nie. Bukan apa...perabis ke beras je MP yang syiok sendiri nak jadi TPM nie...
  11. Kenapalah UMNO/BN terima Semangat 46 reject yang bernama Rais "I burnt the bridge" Yatim ni? Tengok apa dah jadi? Sudahnya...mengeluarkan kenyataan paling kurang cerdik (setakat ini) untuk PRK C N28 dan M N27...
  12. Sebagaimana Jerry Lewis berganding bahu bersama Dean Martin, sudah pasti Rais "I burnt the bridge" Yatim pun ada pasangannya. Siapakah pasangan Rais? Tak lain dan tak bukan Hishamuddin "the clown" Hussein. Nanti kita sembang lagi mengenai Hishamuddin dalam "Nasi lemak kopi O"... heh heh heh
  13. Jangan lupa... 6hb Mac 2011, jom kita ramai-ramai jangan mengundi BN di C N28 Kerdau dan M N27 Merlimau... undilah selain BN!

Till then...G'nite M'sia...wherever u are...
Read More

Dari M N27 Merlimau : Ummi? ...

  1. Hebat! Hebat!... Memang hebat orang Melaka....
  2. Masih ingat dengan Rahim Thamby Chik? Rahim menjaja kes sodomi I seantero Malaysia. Rahim naik pentas turun pentas bersama side kick Ummi Hafilda...
  3. Dan...jeng jeng jeng.... malam ini dan malam ini saja and "for one night only".... Merlimau akan berlipur lara bersama Ummi "I am a virgin" Hafilda.
  4. Konon-kononya Ummi Hafilda akan membuat pendedahan "tell all" . Betul ke nie? Atau Ummi Hafilda akan "bare all"? Tsk tsk... kalau dier "bare all", ada ke yang nak tunggu dan lihat?
  5. Nampaknya UMNO/BN yang dikatakan selesa di Merlimau perlu menggunakan Ummi untuk terus mengeluarkan kenyataan yang tidak berasa dan tidak terbukti kebenarannya. Maka UMNO/BN nampakya masih lagi berputar sakan dengan aksi lakonan SRK.
  6. Kenapa Ummi? Kerana Ummi tidak mendapat tempat di negeri lain...dan hanya berjaya "menembusi" pasaran Melaka dalam usaha beliau "menjualkan" diri sebagai aset UMNO. Mana "geng" beliau iaitu Rahim Thamby Chik? Atau apakah Rahim Thamby Chik sudah "tidak berselera" dengan Ummi?
  7. Ummi? Kenapa tidak Ezam "6 kotak"? Nampak jelas sekali UMNO Melaka meletakkan taraf Ummi lebih tinggi dari Ezam "6 kotak" walaupun Ezam dimartabatkan sebagai si-nato ("no action, talk only").
  8. Apapun, saya pasti Merlimau lebih cerdik dari Ummi "I am a virgin". Merlimau harus pandai menilai... kalau UMNO membawa Ummi ke sana, yang pasti Ali "tak boleh bertanding" Rustam beranggapan pengundi Merlimau sebagai lembu-lembu yang dicucuk hidung!
  9. Ayuh... pecahkan belenggu itu dan pastikan kemenangan kepada PAS. PAS for all... sementara BN hanya untuk penyokong BN sahaja... anda bukan penyokong BN? Ali Rustam tidak akan menolong kamu kerana beliau sendiri telah bertitah "Saya hanya menolong penyokong BN sahaja"
  10. Tolong penyokong BN sahaja? Betul ke ni Ali?... Apakah anda lupa bagaimana Ali menempelak PPP ketika kongress PPP di Melaka dulu? Kalau Ali boleh menempelak PPP yang merupakan komponen parti BN, apa ntah lagi dengan kita rakyat marhaen?
  11. Rumusan? Jom... kita berubah.... Undilah PAS kerana UMNO/BN tidak mungkin berubah!

Till then...G'nite M'sia...wherever u are... Read More

Dari C N28 Kerdau : Modal insan atau hamper pakai buang...?

  1. Kerdau, kerdau...apakah kita akan terkedu?
  2. 1MPM6 Najib begitu beriya-iya menjelajah skim FELDA dalam kawasan Kerdau. Tambah pula dengan kehadiran Rose "CT" Mah dengan dendangan "Saya bukan penipu"...
  3. Diikuti pula dengan skuad 1M yang pantang berjumpa rakyat, terus bersalamkan hamper...
  4. Denan "I love tut tut" dengan konfidennya melaungkan kemenangan kepada BN... TETAPI apakah itu benar????
  5. Apakah Denan lupa dengan ucapan beliau dalam DUN Pahang pada 22hb April 2010? Antara lain, beliau menyebut tentang program kerjasama diantara FELDA dan AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) untuk memerangi gejala penggunaan dadah di rancangan-rancangan FELDA di Pahang.
  6. Ini dengan sendirinya menggambarkan bahwa rancangan-rancangan FELDA dalam negeri Pahang sedang berhadapan dengan satu masaalah besar - dadah!
  7. Apakah Denan dan BN kini membelakangi modal insan dan lebih mementingkan hamper pakai buang untuk memenangi undi Kerdau?
  8. Apakah hamper pakai buang dapat menyelesaikan masaalah dadah yang menghantui FELDA dalam kawasan Kerdau? Atau Denan lebih gemar mengambil sikap tutup mata dengan gejala yang berada dihadapan mata?
  9. Apakah Denan dan BN hanya mementingkan 1MPM6 Najib untuk menziarah "kawasan putih" yang berlatarbelakangkan "All is well"?
  10. Rose "CT" Mah bilang "saya bukan penipu"... apakah itu sama dengan penagih dadah yang akan merayu kepada polis "Saya bukan penghisap dadah"?
  11. Alang-alang kita menyebut Rose "CT" Mah - apakah beliau mempunyai permit untuk berucap dalam perjumpaan politik? Atas kedudukan apa yang beliau berucap? Ketua Wanita UMNO?
  12. Malang sungguh bagi BN dan UMNO apabila Rose "CT" Mah mengambil alih tugas Shahrizat dalam menagih undi Kerdau... dan lebih malang lagi apabila 1MPM6 Najib membawa Rose "CT" Mah kearena politik melalui payung terjun...
  13. Pengundi Kerdau, saya pasti, lebih bijak dari BN. Hamper pakai buang bukanlah penyelesaian kepada masaalah harian mereka...
  14. Dan penyelesaian yang berkekalan ialah dengan membina modal insan yang mantap..sesuatu yang bisa dicapai melalui PAS.
  15. Ayuh, rakyat Kerdau... habiskan, pulunlah hamper pakai buang sumbangan BN tapi undilah PANADOL untuk pembinaan insan sejati...

Till then...G'nite M'sia...wherever u are... Read More

Tuesday, March 01, 2011

Of Utusan's main mission : propping UMNO...

Malaysian truth? Utusan's (malysia) role is to back UMNO.

  1. The truth is out there. So claims "The X-file" that shot Mulder and Scully to fame. Malaysian truth? Utusan's (Malaysia) role is to back UMNO.
  2. This is basically the gist of the internal inquiry probing charges that a senior journalist had tarnished the newspaper's public image.
  3. It happened when the newspaper take action against Hata Wahari who is also the present NUJ President.
  4. Imagine that! If it can happens to Hata who is a senior journalist and the current NUJ President, then what stop Utusan Malaysia from pushing other more junior journalist to submit to the paper's whims and fancies?
  5. Mind you that Aziz Ishak (group editor-in-chief) is the one who told the inquiry that it was the duty of Utusan Malaysia to defend the interest of the ruling BN coalition.
  6. So, from Aziz's statement alone, it is proven without doubt that Utusan Malaysia will not give fair news coverage when it involves BN coalition.
  7. As for the declining Utusan sales, it proves that no amount of BN-licking can improve the sales! Reason? People are just plain fed-up with BN Coalition!
  8. So, let's start all over again with Merlimau and Kerdau. Let's show the door to Utusan's BN-licking ways...
Till then...G'nite M'sia...wherever u are...
Read More

Of M N27 Merlimau : Rumah kerajaan BN punya ke???

  1. Apa dah jadi dengan BN di Merlimau? Panik ke?
  2. Kalau sebelum ini Ali "tak boleh bertanding" Rustam membuat pengakuan terbuka bahwa beliau akan memberi kerja (dan projek) kepada penyokong BN sahaja, kini Muhyiddein "menang kerana Ali tak ada" Yassin mengeluarkan satu lagi kenyataan tahap mengarut!
  3. Muhyidein, antara lain, berucap mengatakan bahwa calun PAS merupakan rakyat yang tidak berterima kasih kerana menduduki rumah kerajaan (quarters).
  4. Apabila pemimpin sudah tidak dapat membezakan yang mana parti dan yang mana kerajaa, ini sudah masuk ketahap kritikal.
  5. Muhyiddein, pemimpin UMNO yang akan mangambil alih tempat Najib sekiranya Najib mengikut jejak langkah ayahnya, seharusnya tahu membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu kerajaan.
  6. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kuarters untuk wargakerja mereka. Itu bukan kemudahan tetapi tanggungjawab! Sebagaimana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan bekalan air bersih, elektrik kepada rakyat.
  7. Dan apabila seorang isteri yang kebetulan pula menjadi isteri calun PAS mendapat kemudahan itu, Muhyiddein tidak mempunya kuasa untuk menidakkan kemudahan tersebut!
  8. Lagipun kuarters itu dibina dengan wang rakyat, bukan wang UMNO dan sudah tentu bukan wang BN.
  9. BN seharusnya berhenti dari membuat kenyataan-kenyataan yang berupa ugutan samada kepada calun PAS, penyokong PAS/PR mahupun pada rakyat biasa. Apa yang BN (sebelumnya Perikatan) sediakan adalah tanggungjawab kerana mereka diundi sebagai parti pemerintah. Atas itu juga, rakyat boleh menyatakan ketiadakpuasan hati mereka atas sifat "pilihkasih" Ali Rustam dan keangkuhan Muhyiddein.
  10. Seandainya Muhyiddein ingin lama bertapak diarena politik, Muhyiddein perlulah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang lebih cerdik... maklumlah Muhyiddein hanya setangkuk lagi untuk menduduki kerusi empuk Najib.
  11. Rose si Timah tidak mungkin menggantikan tempat Najib... hanya Muhyiddein yang mempunyai peluang itu. Jadi Muhyiddein, mulalah belajar buat kenyataan cerdik...

Till then...G'nite M'sia...wherever u are... Read More